GOD PLEASE HEAR ME ....
This is my open letter to God ... I hope He can hear me ...
Ya Allah,
Adakah ini suatu rintangan yang patut aku lalui?
Adakah ini suatu cubaan yang Kamu titiskan untuk ku?
Adakah ini satu cabaran untuk aku pelajari?
Adakah ini semua tauladan untuk ku?
Adakah ini satu dugaan untuk direnangi
Adakah ini semua suatu pelajaran dari Mu?
Aku tahu aku patut terima kesemua ini ... aku tahu semua ini telah ditakdirkan.
Patutkah aku mengaku kalah?
Patutkah aku terima nasib ku?
Patutkah aku berjuang sendiri?
Patutkah aku memaafi?
Aku hanyalah seorang insan yang lemah ...
Aku hanyalah seorang yang tiada kekuatan
Aku tak mempuyai kegigihan yang aku ingini
Aku hanyalah satu manusia yang tak berguna.
Tiada siapa yang memahami
Tiada siapa yang menyokongi
Tiada siapa yang memegang ku ... jikalau aku jatuh
Tidaa siapa yang memeluk ku ... jikalau aku sedih
Aku rasa sungguh kesepian
Aku rasa sungguh kesunyian
Aku rasa semuanya ...
Kini aku mesti mempersoalkan ...
Dimanakah tujuan ku sekarang ...
Kehala mana destinasi ku
Kehadapan atau ke perhentian.
Aku tahu Kamu mendengar
Aku tahu Kamu sayangkan Daku
Aku tahu aku patut kukuhkan iman ku
Aku tahu aku harus berpegang tegas
Aku tahu aku tak ada pilihan yang lain
Aku tahu aku mesti kuat
Aku tahu apa yang diajukan
Aku harap Kamu akan pertunjukkan jalan yang patut aku pilih
Kerana aku sesat dan keseorangan ...
Tolonglah perkuatkan iman ku, kerana aku rasa aku akan jatuh ....
Tolonglah aku kerana aku sudah kesesatan
Tolonglah aku ...
Seorang insan yang perlukan Mu.
No comments:
Post a Comment